Tuesday, June 16, 2009

Aku sendiri tak mengerti.......

tiba bunyi tone mesej ku berbunyi,ku tatap satu persatu..kata-kata di skrin handphone ku meruntun hati kecil ku..aku sendiri benar2 tak mengerti..
sahabatku yang disayangi..hidup ini bagai satu diari.pada satu masa kita akan menulisnya dengan baik asbab tiupan roh keimanan.pada 2 masa,tiba2 kt mencontengnya lantaran godaan nafsu dan syaitan.pada 3 masa pula,lembaran diari kita dibasahi air mata dek penyesalan...ketauhilah shbtku,jangan sampai kita berhadapan dengan situasi masa 3 disebbkan keseronokan masa 2.tetaplah berada pada detik satu kerana itulah coretan diari hidup yang hakiki!
bukan niat ku untuk mematahkan hubungan dan ukhuwah yang sudah terjalin.tapi AKU TETAP AKU.aku seorang manusia yang selalu ingin bersendiri.bukan niat mahu melupakan kalian semua.daku di sini tetap mengingati kalian.tapi...aku sendiri tak mengerti,kenapa semua bagai memacu panah menusuk jiwa kerdil ku bertubi2.
cuba untuk memaksa meminta alasan,kenapa aku sering menjauhkan diri...............
mengertilah sahabatku..aku bukan menjauhkan diri..dan aku bukan mahu menjauhkan diri..
entahlah aku sendiri tak mengerti...terus terang aku katakan,dalam hidup ini belum pernah ku temukan sahabat sejati apatah lagi insan yang bernama "teman karib".bukan niat bersifat angkuh lagi sombong.semua insan di dunia ini adalah sahabatku,tapi sahabat yang benar2 bernama sahabat belum pernah ku temui.mungkin kerna sikapku yang suka bersendiri dan sikap memendam segala apa yang dirasa.biarlah hanya ALLAH sahaja yang tahu segala masalah yang ku hadapi.sukar untuk ku meluahkan pada insan yang bernama sahabat kerna ku tahu,mereka juga insan biasa,mereka juga punya masalah sendiri,aku rasa hanya suatu bebanan andai aku menambah masalah mereka.
ENTAHLAH..AKU BENAR2 TAK MENGERTI..
APA SEMUA INI SILAP DAN SALAHKU??????????

No comments: