Sunday, June 21, 2009

DUHAI HATI..

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM..


Diriwayatkan,pada suatu ketika datang seseorang kepada sahabat bernama Ibnu Mas'ud meminta nasihat daripadanya.Katanya:'Wahai Ibnu Mas'ud berilah nasihat yang dapat aku jadikan ubat bagi jiwaku yang sedang gelisah.Dalam beberapa hari ini,aku tidak tenteram,jiwaku gelisah dan fikiranku kusut,makan tidak enak,tidur tak nyenyak'.


maka ibnu mas'ud berkata:

"kalau penyakit itu yang menimpamu,maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu...

1)tempat orang membaca Al-Quran,engkau membaca Al-Quran atau engkau dengar baik2 orang yang membacanya.

2)tempat orang melakukan pangajian yang mengingatkan Allah

3)Tempat2 yang sunyi dan lapang,disana engkau bersunyi2 menyembah Allah,umpama pada waktu malam buta,engkau bangun dari tidur mengerjakan solat malam di saat orang tidur nyenyak,meminta dan memohon kepada Allah ketenangan dan ketenteraman jiwa.

No comments: