Monday, June 15, 2009

PESANANKU UNTUKMU KAUM HAWA

Hari ini jika dibuat perkiraan,bukan sekadar jutaan ringgit dihabiskan golongan wanita semata-mata untuk bersolek.Sudah mencecah sehingga berbilion ringgit malah berjuta-juta ringgit sanggup dihabiskan.Bukan itu sahaja,wanita juga sanggup menahan kesakitan demi kecantikan lahiriah.Wanita cukup risau jika ada perut yang menggeleber berbanding lelaki yang berbangga dengan perut boroi mereka.




Wanita cukup takut dan risau bila hujung rambut mereka bercabang sedangkan lelaki masih boleh tersenyum dengan rambut kembang dan menggerbang mereka.


wanita cukup pening memikirkan ada jerawat batu menghiasi wajah mereka sedangkan lelaki berseri tersenyum gembira memikirkan jerawat tanda cinta yang mekar dalam jiwa.


Wanita juga cukup sedih jika ada kudis-kudis buta yang mencacatkan pandangan sedangkan lelaki yang bersopak sana bersopak sini melihat ianya istilah kejantanan.


benar kecantikan itu hak milik setiap insan tapi perlukah kita bergadai segalanya demi kecantikan lahiriah?


saya juga seorang wanita,cukup memahami diri seorang wanita.tipulah andai saya katakan saya tidak mahu kelihatan cantik di kaca mata masyarakat.tapi "CANTIK" adalah sesuatu yang abstrak yang sukar untuk mendefinasikan maksudnya tersendiri.cantik seorang wanita bukan sahaja terletak pada lahiriah tapi cantik rohaniah lebih penting dari rupa paras seseorang.


Semua wanita inginkan kecantikan,yalah kalau tak cantik,tak laku pula..benarkah??


jika memutih seperti opera cina sekalipun belum tentu ada lelaki yang tertawan silap-silap ada yang pengsan melihat wanita gila yang tidak ada perasan dirinya cantik.


perlukah kita kelihatan seksi dan bergaya untuk kelihatan cantik????


mendedahkan tubuh badan yang gebu halus tidak cukup untuk mengatakan wanita itu cantik.malah akan mendatangkan bahaya pada dirinya sendiri.sesetengah lelaki pantang melihat dahi licin akan cuba memikat semata-mata untuk melempiaskan nafsu.Habis madu sepah dibuang.Sesetengahnya ditinggalkan di tepi jalan.Ceriteranya sama,dirogol bergilir-gilir.aduhai!


Namun tidak kurang ada juga ada juga yang baik tetapi dala dunia ini macam-macam bolah berlaku.Jangan sampai duit gaji berbulan-bulan tidak disimpan kerana produk kecantikan,maruah yang merupakan satu-satunya mahkota kewanitaan hilang dek jantan yang buas yang tidak berperikemanusiaan.Ketika itu apalah erti kecantikan.

bagi saya sebagai seorang wanita,cukuplah definisi cantik bagi seorang wanita tersebut kaya dengan budi bahasa,bersantun.wajah seorang muslimah yang sentiasa dibasahi dengan air wudhu,bibir merah yang sering melafazkan zikrullah.cantiknya wanita itu adalah hiasan dunia.fikir-fikirkanlah apa definisi cantik bagi anda sebagai kaum hawa.























No comments: