Tuesday, June 29, 2010

BAIK KE??

Dear Diary,
Rina apa dah jadi ni???
Penguin Emoticons
saya tau saya memang perempuan yang cepat terasa
n kuat merajuk, saya tau sifat tu hanya memakan diri sendiri saja
saya memang nak buang sifat tu
tapi susah sangat2! mama tegur sikit dah mula buat perngai??
Penguin Emoticons
BAIK?? NOPE!! SIFAT BURUK SGT3!


lagi satu,saya memang degil+keras kepala
ingat diri saya ni saja yang betul
kuat sangat melawan orang cakap
dah tau diri sendiri salah
tapi x pernah nak minta maaf malahan melawan lagi
konon diri tu yang betul
Penguin Emoticons
ITU PUN BAIK KE?? BURUK!!


saya pun pernah nak azam
masa cuti ni nak bangun awal pagi
nak solat di awal waktu
baca Al-Quran,selembar sehari pun dah cukup
baca Al-Makthurat after solat subuh n asar
tapi.......................
buat memang buat tapi x konsisten langsung!
ari ni buat,esok dah malas
lepas tu esok dah semangat nak buat
tulat lagi,,dah malas dah..
erm.....benda kecik macam ni pun susah nak buat!
Penguin Emoticons
BAIK KE MACAM NI?? BURUK LA RINA...
kena buat hari2,walau x semua pun,,yang penting ada..
walau sedikit pun yang penting berterusan!


memang susah kan nak jadi BAIK
kenapa la susah sangat!
memang SUSAH kalau nak BERUBAH!!
Penguin Emoticons
kadang2 geram dengan diri sendiri..
tapi xapa,yang penting KESEDARAN+MUHASABAH DIRI
mulai saat ni saya akan terus mencuba dan mencuba!
hehehe,,jangan anggap semua ni satu BEBANAN
ianya untuk kebaikan diri sendiri juga,betul x diaryku syg?
so,buat dengan hati yang terbuka dan hati yang gembira~
Penguin Emoticons
bak kata pepatah "Alah bisa tegal biasa"
kalau hari2 buat mesti dah biasa,
walaupun pada mulanya pahit yang di rasa.. :)
Penguin Emoticons

by love from me:
Love Emoticons
arinah



Read more...

Thursday, June 24, 2010

yeuuuuwwwww~!! LALAT??

Chak!!!
Monkey Emoticons
hai my dear diary,
saya muncul lagi~
hari ni seperti biasa
saya bangun dengan penuh riang
Monkey Emoticons
nampak kat luar sang mentari tersenyum lebar
after mandi+senam sikit2
n terus pegi breakfast,minum teh panas pagi2 :)
tiba2 tau x apa kat dalam teh saya pagi ni?
seekor LALAT!!!!!!!!!!!!!!

yeuuuuuuuwwwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Monkey Emoticons
terus termuntah tengok lalat berenang2 kegembiraan dalam teh saya
erm,..x guna betul lalat ni
hari yang indah jadi hari yang paling teruk!
Monkey Emoticons
saya renung lama2 lalat tu..teringat pula hadis Rasulullah..

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

sebenarnya seekor lalat penuh dengan hikmah
dalam hidup kita sebagai muslim.
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan
bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal
malah pada makanan dan juga minuman.
Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini
sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas
telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya.
Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild,
Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall
menemui mikroorganisma jenis Fitriat
yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali.
Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel
sehingga membentuk kekuatan yang besar.
Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma
yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit.
Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat,
iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947,
Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini.
Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut
dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland
juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin.
Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris),
Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland)
melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat
pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu
tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah
dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah
adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi
mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut,
dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan
sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi
dapat diminum dengan selamat.
Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW

dpetik dari:
http://tazkirahjumaat.blogspot.com/2009/07/adab-tidur-kaya-jiwa-hadis-lalat-sains.html

by love from me:
Monkey Emoticons
arinah :)


Read more...

Sunday, June 20, 2010

Dear Diary,

Hati rasa sayu.

Rasa rindu pada sang kekasih .

Kini terasa melalui dan mengalami apa yg pernah dia alami.

Walau tak sehebat yg ditempuhinya.

Memang inilah realitinya dalam menempuh jalan ini.

Jalan yg ditempuh tak dijanji dengan pujian dan karpet merah.

Malah dicela dan dipersendakan.

Kahin,tukang karut,ahli sihir,majnun…bnyak lagi.

Namun itu tak membalikkan matlamat dan tujuan.

Itulah perjuangan yg perlu ditempuh.

Telah ditempuh juga oleh Nuh , Musa dan mereka yg terdahulu.

Patah balik?

Pintaku dijauhkan.

Moga duri yang tertusuk tak melemahkan kaki melangkah.

Sebaliknya menjadi satu kejutan dari lamunan yang asyik.

Tanggungjawab dan kasih sayang.

Inilah tanggungjawab yg perlu dipikul kerna kasih dan sayang.

Semua sayang.

Tapi..ia tak mudah,kan?

******************************************************

Dedicated to Mr S

I praise Allah for sending me you my love
You found your home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
And there is a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you…loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes

Now and forever I…

I`ll be there for you
I know it deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my life and my friend and my strength
And I pray we`re together forever
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
I know that deep in my heart

I strongly feel love

And I have no doubt

And I`m singing loud that

I`ll love you eternally

………….

Ya Muqalibal Qulub Tsabit Qulubana A’la Taa’tika wa Deenik


By love from me:

Love Emoticons

arinah


Read more...

Saturday, June 19, 2010

cinta antara kita :)


Sejak dari dulu ku menyintaimuLove Emoticons
kau tahu begitu namun kau berpura
ku masih teringat kau peluk diriku
yang telah membuat ku menyintai mu
Love Emoticons
Sudah berapa lama diriku ini
tak bertemu mu
mungkin ku harap jua
kau merindu ku
sebagaimanaku rinduimu
Love Emoticons
Love EmoticonsCinta antara kita
tiada penghalangnya
walau akhir usia
ku menyinta dirimu
ku hanya menunggu mu
menyata kau cintaku
ku kan berjanji
menyintamu syg…
Love Emoticons
Setelah kau pergi jauh dari sisi
tiada ku cinta selain dirimu
ku ingin bersama dgnmu selamanya
walaupun sehingga ke akhir nyawa
mungkin kau tak mengerti
maksud ku dulu pada dirimu
kiniku kan menyinta dirimu itu sehingga ke akhir waktu~
Love Emoticons


Read more...

:'(



Dear Diary,

ku harapkan hari yg cerah,tapi rupanya mendung yg mendatang

Cute Emoticons

setiap apa yg kita impikan,bukan selalu kita dapat

teringat pesan Rasulullah..Pesan baginda

"Kalau dia mendapatkan kesenangan dia bersyukur

maka yg demikian itu merupakan kebaikan bagi mereka

dan kalau dia ditimpa mudharat mereka bersabar

maka itu merupakan satu kebaikan baginya”.

Hidup ini bukan miilik kita, semuanya milik Allah dan ketentuannya.

Yakinlah bila satu pintu ditutup,

ada pintu lain yang Allah buka utk hamba-hambanya

kerana dia maha pengasih dan penyayang.

Cute Emoticons

so~ xda gunanya nak bersedih2,,Allah akan bagi yang terbaik dalam hidup kita

walaupun,apa yang kita minta Allah x perkenankan

mungkin Allah merancang sesuatu yg JAUH LEBIH BAIK dalam hidup kita

yg penting,kita terus berdoa dan memohon padaNYA

dan,hidup pun kena teruskan juga dengan senyuman

Cute Emoticons

Perjalanan hidup masih panjang, ada orang yang senang dahulu

dan susah kemudian, ada orang yg susah dahulu dan senang kemudian,


semua itu ada
hikmahnya utk orang2 yg berfikir.

Itu petanda kpd kita semua, tidak perlu bermegah bila

senang dan tidak perlu rendah diri bila susah

kerana itu adalah sebahagian ujian yg Allah

berikan pada kita utk tahu erti bersyukur dan redha dengan ketentuanNYA.

aku berusaha sedaya upaya untuk buat dia tersenyum

Monkey Emoticons

tapi,aku tahu..walau terukir senyuman di bibir pun

tapi raut wajahnya x mampu nak sembunyikan semuanya

aku tahu,dalam hatinya kecewa,tapi apakan daya

kalau itu sudah takdir dan suratan dalam hidup dia

aku x mampu nak buat apa2,takdir tetap takdir..

hanya satu saja harapanku,aku harap dia x putus asa

dalam mencapai cita2 yang diharapkan..

aku akan sentiasa berdiri memberi sokongan selagi mampu

terubat jugala luka dihatinya lepas beli kasut hari tu,,

sejuk hati tgk senyuman dia :)



hehe~harap2 kesedihan dalam hati dapat terhapus satu hari nanti

dan harap2,kisah antara kita xkan ada penghujungnya

dan bahagia itu selamnya milik kita berdua.Amin..



Penguin Emoticons


by love from me

Love Emoticons
arinah





Read more...

Thursday, June 17, 2010

esok penentu segalanya~

Dear Diary,

actually,debaran hati makin terasa

Cute Emoticons

esok adalah penentu kisah kami yang seterusnya..

harap2,kami akan dapat yang terbaik dalam hidup kami

esok keputusan upu dah kuar

aku akan terus doakan agar shafiq dapat yang terbaik..

apa yang dia harapkan+dapat capai apa yang di impikan..

chaiyo0~! hehe..

Cute Emoticons

tapi..apa2pun..berserah saja pada takdir

aku percaya Allah akan berikan yang terbaik dalam hidup dia..

and itu bermakna...

lepas ni,,dia akan masuk ke alam dunia baru

bergelar seorang 'mahasiswa'..

and..

masih panjang lagi liku2 perjalanan yang harus kami tempuhi..

apa2pun,,aku xkan putus2 berdoa untuk kejayaan dia

di dunia dan di akhirat..

harap2 esok kita akan tersenyum gembira~

Cute Emoticons


by love from me:

Love Emoticons
arinah


Read more...

Tuesday, June 15, 2010

sekuntum bunga mawar..

Dear Diary,


sekuntum bunga mawar,
cantik dipandang,tapi berhatila2lah dengan durinya
walau cantik dimata
tapi..memang sukar untuk didekati
apatah lagi jika ingin dipetik oleh tangan2 yang kasar
pasti terluka jari jemari
mempertahankan dirinya daripada dimusnahkan
oleh sang perosak yang langung xda perasaan..
alangkah indahnya jika seorang wanita seperti si bunga mawar yang indah..
cantik,,menarik,tapi...
memang sukar sangat2 untuk didekati,,
apatah lagi disentuh oleh tangan2 kasar yang x sepatutnya
mempertahankan diri+maruah..
tidak seperti bunga-bunga yang lain..
terlalu cantik dipandang..
tetapi terlalu mudah mengalah,,terlalu mudah untuk dimiliki
terlalu mudah untuk dipetik dan dibawa kesana kemari..
akhirnya,,layu+kuntuman nya jatuh x bermaya lagi..
tapi,,si bunga mawar tetap mekar dengan akar yang begitu kuat..
jadilah seperti bunga mawar~ insyaAllah hidup akan sentiasa terpelihara..

sebaik2 perhiasan di dunia ini ialah..wanita yang solehah :))

by love from me:
arinah
Heart Glasses

Read more...

Wednesday, June 2, 2010

kecantikan seorang muslimah :)


1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (al haq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai sesama.

3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik
yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk
anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia bisa mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab
ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian
dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Sholihin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara
kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi ruh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhtilasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhoan-NYA.

9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ila ALLAH S.W.T. ke dalam ruh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang maupun kegelisahan dalam kehidupan.

Semoga bermanfaat bagi kita semua,terutama kepada wanita muslimah,,amin,

Read more...

kEbahagiaan ku (part 1)

Dear Diary,,
hati kecil sering tertanya-tanya
kenapa perlu ada DERITA di sebalik KEBAHAGIAAN??
mungkin betul apa orang cakap
"setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya" yang penting..kita SABAR..
aku juga pernah melalui detik2 yang serupa..
demi mencapai KEBAHGIAAN,,
aku sanggup diulit derita..
memang sakit+perih+pahit..
terkulai diri terkapai-kapai dalam penderitaan..
Crying 1
walau sudah berkurun lama berlalu..
tapi,,kisah lalu susah nak dikikis+dibuang dri hidup ini..
aku pertahankan cinta seseorang..
dialah cinta pertamaku..
satu2nya lelaki yang berjaya menakluki+mencuri hatiku..
dia bukanlah seorang lelaki yang kaya harta,,
hidup mewah jauh sekali,,
dia berusaha keras demi mendapatkan sedikit wang
hanya semata-mata beli reload card spya dapat kol aku masa cuti
sanggup mengikat perut sebab nak beli hadiah (barang idaman) aku dulu..
malahan,,pernah menitis air mataku masa meraikan anniversary yang ke 4 tahun dulu
excited sangat2 bila dia cakap nak bawa aku keluar makan..
merasa jugala makan luar time smbut annvrsry kan..
memg dressing masa tu,,jgn cakapla..hehehe
ingatkan dia mau bawa pegi mana.............
rupa2nya,,just makan goreng pisang di tepi padang yang panas ja..
aku memang dah naek berang sangat2,,
memang marah sangat2,,
macam2 aku ckp sama dia..
Mean

malam tu,,dia cuba pujuk,,
aku masih ingat lagi kata2 dia..

"maaf,aku tak mampu nak bawa makan di hotel atau restoran yang mewah,
aku hanya mampu belikan goreng pisang saja dan duduk di tepi padang,
aku juga tak mampu nak belikan hadiah annvrsry yang mahal2
tapi aku masih mampu berusaha apapun untuk mendapatkan
hadiah yang kau idamkan,hutang dengan kawan,,terpaksa kerja bancuh simen
semata2 mahu buat kau tersenyum..
aku teringin sangat dapat lihat senyuman terukir di bibir mnis mu..
tapi.................
maafkan aku,,aku bukanla seorang yang SEMPURNA buat dirimu sayang"

tika kata2 ini terpacul di bibirnya..
air mata ku deras mengalir..
Crying 2
aku bukanlah perempuan yang tahu bersyukur..
aku perempuan yang ego..
entah kenapa malam tu rasa sayu sangat..
hanya air mata saja jadi saksi saat tu..
dia juga bukanlah lelaki yang dikatakan "hensem"
apatah lagi "bergaya"
cuma,,rupanya seorang sajala yang buat hati sentiasa tenang,,
mata sejuk memandang,,bagi aku diala lelaki yang paling hensem..
kalau nak beli apa-apa benda,,mesti fikir pasal family n adik2 dia..
biasala,,anak sulung,,sampaikan,,satu hari dia pernah britahu
yang dia rasa mau kerja dulu n sara semua adik2 dia..
pastikan adik2 dia berjaya dahulu n dapat masuk U
baru dia akan fikir psal diri dia sendiri..
tapi masa tu,,aku langsung tak setuju...
aku tak akan benarkan dia korbankan masa depan dia..
akhirnya,,atas berkat nasihat dan teguran aku..
dia berubah fikiran,,dia akan jadi role model yang terbaik bagi adik2 dia
dia akan berusaha keras untuk mejejakan kaki ke menara gading nanti..
dia baik sangat2,,sanggup berkorban apa saja demi orang tersayang..
diala MOHD.SHAFIQ ULKASEH

walau kadang2 dia gila2,suka buat lawak,sentiasa senyum
tapi jauh di sudut hatinya penuh penderitaan
walau kadang2 tengok luaran nampak ganasss,,
tapi hati dia lembut,,mudah tersentuh..

tapi..satu persoalan yang belum lagi aku dapat rungkaikan..
KENAPA AKU MENCINTAI DIA?
aku pun tak tahu kenapa sebenarya aku cintakan dia..
serius!!aku x tahu kenapa...
x tahu kenapa aku sanggup bemati-matian hanya sebab dia
yang aku tahu,,aku cintakan dia sebab dia MOHD SHAFIQ ULKASEH SUFIAN
hanya satu ja lelaki macam dia..
x sama macam orang lain.....
hanya hati saja yang tahu jawapnya..

erm,,dari first perkenalan lagi macam2 dugaan yang kami lalui..
tapi....nantila,,nanti baca lagi kisah kebahagiaanku part2 k :))
mata dah ngntuk dah..hehe jgn lupa.. daaaa~
tyme 2 sleep~
PJs



by love from me:
rynna
Teddy






Read more...