Thursday, June 24, 2010

yeuuuuwwwww~!! LALAT??

Chak!!!
Monkey Emoticons
hai my dear diary,
saya muncul lagi~
hari ni seperti biasa
saya bangun dengan penuh riang
Monkey Emoticons
nampak kat luar sang mentari tersenyum lebar
after mandi+senam sikit2
n terus pegi breakfast,minum teh panas pagi2 :)
tiba2 tau x apa kat dalam teh saya pagi ni?
seekor LALAT!!!!!!!!!!!!!!

yeuuuuuuuwwwwwwwwww!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Monkey Emoticons
terus termuntah tengok lalat berenang2 kegembiraan dalam teh saya
erm,..x guna betul lalat ni
hari yang indah jadi hari yang paling teruk!
Monkey Emoticons
saya renung lama2 lalat tu..teringat pula hadis Rasulullah..

Dari Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: " "Apabila lalat jatuh ke dalam minuman salah seorang di antara kamu maka rendamkanlah lalat itu kemudian buanglah. Kerana pada salah satu sayapnya terdapat penyakit dan pada sayap yang lain terdapat ubat." Riwayat al-Bukhari

sebenarnya seekor lalat penuh dengan hikmah
dalam hidup kita sebagai muslim.
Islam menghendaki kita supaya menjaga kebersihan
bukan sahaja pada pakaian dan tempat tinggal
malah pada makanan dan juga minuman.
Rasulullah SAW amat menitikberatkan hal ini
sehinggakan apabila seekor lalat pun yang memasuki makanan atau minuman, baginda menyuruh kita berwaspada terhadap penyakit yang bakal menimpa seperti keracunan makanan dan sebagainya.

Apa yang disebutkan di dalam hadis di atas
telah pun dibuat kajian oleh para saintis pada zaman kemudiannya.
Contohnya pada tahun 1871, Prof. Brefild,
Ilmuwan Jerman dari Universiti Hall
menemui mikroorganisma jenis Fitriat
yang diberi nama Ambaza Mouski dari golongan Antomofterali.
Mikroorganisma ini hidup di bawah tingkat zat minyak di dalam perut lalat. Ambaza Mouski ini berkumpul di dalam sel-sel
sehingga membentuk kekuatan yang besar.
Kemudian sel-sel itu akan pecah dan mengeluarkan sitoplasma
yang dapat membunuh kuman-kuman penyakit.
Sel-sel tersebut terdapat di sekitar bahagian ke tiga dari tubuh lalat,
iaitu pada bahagian perut dan ke bawah.

Kemudian pada tahun 1947,
Ernestein seorang Inggeris juga menyelidiki Fitriat pada lalat ini.
Hasil penyelidikannya menyimpulkan bahawa fitriat tersebut
dapat memusnahkan pelbagai bakteria.
Tahun 1950, Roleos dari Switzerland
juga menemui mikroorganisma ini dan memberi nama Javasin.
Para peneliti lain iaitu Prof. Kock, Famer (Inggeris),
Rose, Etlengger (German) dan Blatner (Switzerland)
melakukan penyelidikan dan membuat kesimpulan yang sama tentang mikroorganisma pada lalat sekali gus membuktikan bahawa pelbagai penyakit dan bakteria pada lalat hanya terdapat
pada hujung kakinya saja dan bukan pada seluruh badannya.

Justeru mikroorganisma yang dapat membunuh kuman itu
tidak dapat keluar dari tubuh lalat kecuali setelah disentuh oleh benda cair. Cairan ini dapat menambah tekanan pada sel-sel yang mengandungi mikroorganisma penolak kuman sehingga pecah
dan memercikkan mikroorganisma istimewa ini.

Maka adalah ternyata bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah
adalah benar iaitu saranan baginda kepada kita agar menenggelamkan lalat terlebih dahulu ke dalam air bagi
mengeluarkan mikroorganisma penolak kuman dari badan lalat tersebut,
dalam erti kata bahawa badannya harus dibasahkan
sebelum membuangnya dan air yang menjadi tempat pendaratan lalat tadi
dapat diminum dengan selamat.
Subhanallah betapa hebatnya junjungan kita, Nabi Muhammad SAW

dpetik dari:
http://tazkirahjumaat.blogspot.com/2009/07/adab-tidur-kaya-jiwa-hadis-lalat-sains.html

by love from me:
Monkey Emoticons
arinah :)

No comments: