Saturday, November 6, 2010

Awak Anugerah Terindah Yang Pernah Saya Miliki

Awak
Hari ni awak nampak serabut
Semua orang kutuk
Tapi ada gak hati yang puji
Serabut2 pun,awak tetap
sejukan hati saya memandang

Awak
Hari ni awak senyum kat saya
Tapi saya buat-buat tak nampak
Padahal saya teringin sekali nak tengok awak
sebab bagi saya itulah senyuman
yang paling manis

Awak
Hari ni awak datang ke sekolah saya
tapi saya buat bodoh ja
padahal rasa macam bumi ni
dah xda graviti

Awak
Hari ni awak nampak comel sangat
semua orang puji
Tapi saya puji dalam hati
padahal nak gak puji sekuat hati

Awak
Hari ni saya senyum kat awak
Tapi awak terus jalan depan saya
erm,,senyum pun dah tak guna

Awak
Hari ni awak tegur saya
tapi saya buat-buat pekak ja
padahal hati saya gembira tak terkata

Awak
Hari ni saya tegur awak
tapi saya tegur awak dalam hati
Jadi awak x pernah dengar
all the gud luck and take care hari-hari

Awak
Hari ni kita duduk semeja
Tapi rasa macam jauh gila
padahal tak sampai pun sedepa

Awak
Hari ni dah berubah situasi
Tapi saya still berdiri kat sini
Tunggu awak kembali macam dulu lagi

Awak
Saat ni saya tengok gambar kita senyum
Hati rasa tenang tengok awak tersenyum
Saya harap sangat dapat bertemu dengan awak kembali
walau hanya sekadar mimpi

Awak
Hari ni saya berjanji
saya akan menginsafi diri
saya tak nak ego lagi
hanya buat sakit hati

Awak
sebelum mata terpejam
hari ni..saat ni..
semua untuk awak..
sebab menegnali awak adalah
anugerah terindah yang pernah saya miliki..


No comments: