Wednesday, November 10, 2010

bila hati membebel lagi~

Dear Diary,

setakat nie dah 3 paper dah rina lalui.perasaan?

erm,x tatula nak cakap macam mana yang penting kita dah wat yang terbaik kan?

so sekarang doa+tawakal saja..Apa2pun kena teruskan juga melangkah dalam capai kejayaan..

Rina akui.rina bukan pelajar "cemerlang" tapi rina ada KEINGINAN untuk jadi "cemerlang"

rina nak jadi macam diorang..teringin sangat3..walaupun hakikatnya amat payah..

yup,,susah sangat bagi insan macam rina nie, orang baru melangkah sekali,

tapi rina kena langkah beribu kali nak kejar..huhu..kena lari laju2 walau pun sempot =p

macam mana nak jadi insan cemerlang?

Insan cemerlang tu sebenarnya datangnya daripada akal yang sehat, jiwa yang

mantap dan hati yang tenang. Untuk berjaya, kita mesti berusaha(belajar) secara istiqamah,

ISTIQAMAH ya cik Rina sayang lepas tu barula berdoa dan bertawakkal. =)


Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga

mereka sendiri berusaha untuk mengubah nasib mereka.


Kadangkala dalam keghairahan menelaah di saat-saat akhir ini,

menyebabkan kita seakan-akan terlupa bahawa yang memberikan kita

“first class ” atau “pass” itu bukannya buku-buku yang kita baca,

tetapi sebenarnya ia datang daripada Allah s.w.t. Sebab tu la,kalau Allah nak tarik balik

bila2 masa saja dia tarik. masa tu dah "blank" atau "Black out" time jawab

even masa tu kita dah separuh mati menghafal. Nauzubillah.. Tapi kalau Rina nak elakkan

benda2 macam tu,duduk ja dalam dewan peperiksaan.

perkara pertama yang rina buat conteng meja tulis semua point2

penting yang rina ingat,everything~ (p/s:huhu,,nie bukan tabiat yang baik yer..)

Allah mempunyai hak mutlak untuk menentukan apa sahaja terjadi. “ Everything is possible ”.

Tapi bukan bermakna kita kena study di saat2 akhir.NOPE! itu bukan jalan yang terbaik..

Sesungguhnya, first class degree tidak datang bergolek. (andainya la first degree tu datang bergolek2

lama dah rina sediakan net besar nak tangkap di first degree =p )

Tapi, de basic thing yang kita kena sedar..sebenarnya KEJAYAAN tu,datang daripada DIA

yup,hnya DIA..so,kita jangan nak jadi dak sombong xnak doa+solat hajat

asyek focus study smpai tetinggal2+lambat2kan solat

(p/s: nie utk peringatan diri sendiri juga ya cik RINA)

Kebergantungan kepada Allah itu harus sentiasa diletakkan di tangga yang teratas,

bukan meletakkan “buku” kemudian diikuti “lecturer notes” kemudian “past year questions”,

dan akhir sekali barulah berdoa. Seolah-olah “kebergantungan dan keyakinan kepadaNya”

itu menduduki tangga terakhir. Last choice. NO!

macam tu juga dengan solat hajat, sebaik2nya lakukan solat hajat after maghrib before Isyak

nie,nak periksa baru terhegeh2 nak buat solat hajat pulun2 kan?

(ini pun peringatan utk diri sendiri juga c: )

Meletakkan Allah di tangga teratas iaitu sebagai sumber kejayaan kita yang utama?


... jum kita check sama2 =]....


1. Sebelum kita membuka buku untuk belajar, cik rina comel ada x

memulakan dengan bacaan doa?

(kadang2 ada juga doa,tapi kadang jala..hihi..kadang2 x doa,terus baca "muka buku" dulu =p)

(orang dah tau dah..maluunya~)


2. Ketika asyik mengulangkaji, azan berkumandang. Adakah cik Rina bergegas

menutup buku dan menunaikan solat, ataupun kita habiskan dahulu ulangkaji yang

tinggal beberapa muka surat sahaja lagi?

(huhu sejujurnya,selalu cakap macam nie,,"Okeh! after solat tukar

bab laen ag,,tinggal sikiiiit ja lagi ni")

(errmm,,apa ag la soalan yang dia bagi lepas ni??)


3. Adakah cik Rina rasa akan gagal dalam peperiksaan apabila nota

“invertebrate” tiba2 hilang, sedangkan “sejadah” kita masih ada.

(huuhh,,x bole jwab la soalan nie..kalaulah hilang memang bergegar rasanya

unimas nie pegi cari nota tu!!)


4. Adakah cik Rina yang tengah buat muka stress ni akan berasa ragu-ragu

dan bimbang untuk menghadiri majlis ilmu&agama di saat-saat

peperiksaan bakal menjelang, kerana banyak lagi “buku” yang belum dibaca.

(Ya Allah,,cukuplah dengan soalan2 nie,,rina tau rina banyak buat salah T_T..

ari tu pun nyesal sangat x dapat

nak pegi solat hajat,penat sangt,,tetido x ingat dunia)

baru 4 soalan,dah x bole jawab dah,,so,kesimpulanya memanglah kita harus meletakkan keutamaan

dalam pekerjaan kita. Mendahulukan yang lebih utama dan mendesak.

Tapi..TAPI cik Rina.. jangan biarkan kelonggaran itu mencemari konsep pemikiran

keimanan dan keyakinan kita kepada Allah.

Sunnguh halus syaitan memainkan hati kita.

(okey3 saya faham sangat3..)


Sama-sama kita muhasabah hati sebelum pemikiran sebegini terus menguasai diri.

Jangan biarkan “Buku Coral Reef Ecology” menjadi lebih utama daripada “al-Quran” di saat-saat ini.

By love from me:

arinah

6 comments:

fitri said...

good luck paper selebihnya!
atau tak perlukan luck?! HAHA

rynna said...

eh cik abg,"good luck" dlm bhasa melayu bermaksud SEMOGA BERJAYA..so LUCK is BERJAYA..haha,,sape x nak berjaya? mestilah luck diperlukan sangat3 =p

wanbirakbatu said...

adakah mukabuku yang dimaksudkan itu facebook? hehe :)

rynna said...

haha,,tau xpe =) bejam2 asyek study "mukabuku" tu ja..

T@sh Sch@ said...

jahat setan ni kan ... waaaaa
ssh sy nak larik ...

rynna said...

xyah lari,kita doa ja bnyak2 pastu msti "dorang" nangis sbb x bole kacau2 kita ag,, hehe masa tu kita menang!~ :D