Tuesday, November 16, 2010

kutitipkan warkah istimewa untukmu..

Dear Diary,

jam dah menunjukkan jam 11.50malam..
tinggal berapa detik lagi nak nak msuk 17.11.2010.
Dalam kedinginan malam nie,izinkan rina menyusun bait2
kata mengukir sekeping warkah untuk dia.
walaupun rina tahu dia x baca pun warkah yang rina titipkan nie..
tapi biarlah ia tersimpan sebagai kenangan..
...................................................................................................................................

Kehadapan saudara S yang diingati selalu,
hai awak =)
saya harap awak dalam keadaan yang sihat walafiat,
di samping keluarga yang tersayang dan sentiasa
di bawah lindungan dan rahmatNYA.
Maaf kalau awak TERbaca warkah nie, just ganggu emosi+situasi
awak sekarang. Rindu rasanya nak tulis surat macam kecik2 dulu kan?
Awak tau, kalau nak tulis surat untuk awak dulu, habis buku latihan koyak2
sebab nak tulis surat untuk awak..hehe~ comot lah dulu2..

2 orang budak comot yang paling nakal (2002)

tiap minggu mesti suruh mama belikan
buku latihan yang baru.mama heran+selalu tanya..
kenapalah tiap minggu asyek beli buku latihan,,
saya senyum ja dengan mama..
hoho~x tau nk ckp ap :P
mama cakap bagus betul anak mama rajin buat latihan
sampai habis buku latihan..hehehe..( sowi mama =) )
padahal selalu saja koyak2 buku nak tulis surat untuk awak..
(shhhhh..pomis erk diary cayang,nie rahsia antara kita ja tau!
jgn gtau org len :P)
jnji tau!!

salah satu karya budak yang x bertauliah :P

Itu dululah, sekarang x ag..bole kan sekarang nie rina nak tulis guna blog lak?
x yah ag penat2 beli buku latihan+koyak2 kertas. sekarang kan makin canggeh =)
(cinta moden :P) hehe~
awak nak tau, surat awak dah penuh dah satu box kat rumah.
x nk buang,sayang..nnt bole baca2 ag :)
n kesempatan nie, nak ucapakn terima kasi banyak2 pada posmen2
rina dulu..korang2 memang dah banyak berjasa c:
Terima kasih tau posmen :)

Awak,
saya teringin nak tulis surat nie sempena tarikh 17 November.
mesti awak ingat kan hari nie tarikh 17 November?
(harap2 lah awak ingat juga)..
saya x pernah lupa tarikh nie untuk seumur hidup saya sebab tarikh ni
sangat2 bermakna dalam hidup saya. =) so,maknanya masuk saat nie,
dah 7 tahun dah hubungan kita..Alhamdulillah...
Happy anniversary awak!~

awak selalu cakap, kalau baby mesti dah besar dah sekarang kan? hehe,,
kalau dah 7 tahun, dah masuk sekolah rendah dah,,thun 1..
wahh~ macam x sangka kan? padahal rasa macam baru semalam jumpa awak =)
dalam 7 tahun nie, banyak perkara dah kita lalui bersama..
ketawa sama2,menangis sama2,marah2 pun sama2 juga.hehe^^

2007

awak,
saya rasa benda yang paling saya x lupa masa smbut anneversry
time saya bagi kad paling besar,n awak lak bagi bunga
sweet ja masa tu kan?? hehe~

kalau x silap masa kita form4
masa tu,saya x nak gtau awak,sbb nak buat suprise
nak bagi awak kad paling beeeeesssaaar sekali!
n dari A-Z dari titik peluh saya sendiri..
msa malam tu..
"tadaaa~ dh ciap dah kad untuk awak!"

semua org puji kad saya canteeekk :D
(dalam hati: x sabar nak bagi utk awak esok,,harap2 awk suka)

(esok: jumaat (17.11.2006) @ hari kepulangan budak asrama)
after kelas ja,saya excited tnggu awak kat luar
(mr.S selalu datang time ari jumaat untuk solat jumaat sebab
masa tu masjid di kampung tu still in construction)
asyek tengok ja kat depan gate,,

kereta lalu lalang,keluar masuk dari gate,,
memang ramai pun penduduk kampung masa tu solat kat sekolah kitorang..
tiba2....
"yeeyee!! kereta kancil hijau dah campai!!!"

saya nampak awak keluar kereta dan senyum..
saya punyala excited berlari bawa kad besar..
tehegeh2 masa tu nak bawa kad tu,,huhu yela,kad ag besar dri badan sendiri ;p
saya senyum sampai telinga masa tu awak!~ huh! ;D

x sngka pula, awak ckp,awak pun ada something nak bagi..
awak masuk semula dalam kereta n melutut depan saya bagi bunga ros merah~
masa tu,,tekejut sangat3!!! serius memang x sangka!!
masa tu dah r ramai orang,, kawan2+budak2 yang baru habis kelas
semua tengok dari koridor luar n bersorak+tepuk tangan..
saya maluu sangat3!!!!!!
saya terus lepas kad besar tu n ambik bunga tu dari tangan awak
terus lari macam tu ja naek balik pegi kelas..
awak senyum ja tengok gelagat saya..saya memang malu sangat3 masa tu!!!

hehe,,awak nak tau something?
sampai ja saya kat rumah,saya asyek senyum2 sendiri pandang bunga ros tu..
x pernah saya dapat bunga dari lelaki,awak la yang pertama
tapi......bunga yang awak bagi tu, makin lama makin layu terkulai...
saya x nak bunga tu layu..saya sedih sangat3..saya cakap dengan mama
macam mana nak bagi bunga tu x layu?mama cakap rendam ni la,rendam tu la..
erm,,semua x menjadi awak..yang layu tetap akan layu juga..
tapi, saya x kan sampai hati nak buang bunga tu, walau selayu mana pun..
walau seburuk mana pun..itulah bunga yang awak bagi,,tetap cantik di mata saya..
sampai sekarang saya simpan bunga tu..hehe..


walau dah lama berlalu,tapi kenangan kita xkan pernah luput di ingatan
walau situasi kita sekarang x sama macam dulu lagi..
semuanya dah tinggal kenangan..n saya x kan pernah buang kenangan tu..

sampai saat ni,sampai hari ni..saya tetap pegang kata2 awak...
saya ingat lagi hari terakhir kita jumpa..

awak pesan, "andai panjang umur, andai ada jodoh,, insyaALLAH satu ari nanti
pasti kita jumpa kembali. Allah dah tentukan dah jodoh kita di luh mahfuz.
so, sekarang x payah la nak fikir pasal hubungan kita ni.. sekarang
masih ada tanggungjawab yang kita belum sempurnakan..saya harap
perpisahan ni mengutuhkan semngat kita untuk terus berjuang capai kejayaan..
demi agama, keluarga dan demi cita-cita kita..pastikan kita sama2 dapat
genggam segulung ijazah..awak.. UTAMAKAN yang paling UTAMA dahulu
tapi..andai satu ari, ternyata awak bukan jodoh saya..kita terima dengan redha.."

masa tu, saya tertunduk merenung lantai, genggam tangan seerat2 yang mungkin..
x sedar bergenang air mata, menitis satu persatu membasahi pipi..

(dalam hati: saya x kuat awak, saya x kuat nak terima perpisahan ni..tapi..
betul cakap awak.. apa2pun kita manusia biasa,
x mampu nak tentukan jodoh kita sendiri..)
cepat2 saya lap air mata saya, tarik nafas dalam2 n renung
wajah awak sambil senyum
"ya,saya kena jadi kuat!"..masa tu awak balas
balik senyuman saya...

saya tahu,apa2pun kita kena terima hakikat+kebenaran kehidupan..
betul cakap awak,masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul
saya janji,saya akan berusaha sebaik mungkin...
sempurnakan tanggungjawab yang diamanahkan

awak kan pernah janji..
selepas sepuluh tahun awak akan datang cari saya lagi
tunaikan semua janji2 awak..insyaAllah..saya akan tunggu..
andai saya memang diciptakan dari tulang rusuk awak
saya percaya kita akan bersama juga satu ari nanti
sebab saya percaya......
tulang rusuk xkan pernah tertukar......

salam sayang dariku,
arinah

6 comments:

cik baiaah said...

so sad n sweet...semoga kamu berbahagia rina,,aku pulak yg nangis.kamu tau kan jiwa ak sensitif..xbole bca2 cam nie..huhu..moga berbahagia sahabatku

dafinisha said...

so sweet... xpernah sy baca surat cinta yg sungguh touching mcm ni... sy pula yg bergenang air mata bc surat ni.. anyway semoga hubungan kamu kekal besama si dia... kalo dh jodoh xkn lari kemana... semoga berbahgia rina...

cik QasehThya said...

hukhuk..
serius...
sedih bace ni...
anyway semoga si dia benar2 jodoh kamu 1 ari nanti...
amin~~

hanis said...

1 minit ingat ALLAH

* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LA I LAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN

* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:
* Forward email ini kepada orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

.:naqib saad:. said...

wah... touching sguh.. !
semoga Allah memberkati kalian :)

rynna said...

syukran semua.insyaAllah,byk2an berdoa+bersabar :]